Sunday, 22 January 2017

Kek Kukus Buah

Kek buah memang sedaplah kalau lembut dan banyak letak isinya. Kalau dapat makan memang tak cukup sepotong. Ada juga yang makan dengan sos karamel. Rasa lemak manis gitu... Jom tengok cara buat dia. Senang jer rupanya  Resipi ini memang tradisional dan basic tapi rasanya masih memukau. Moist dan tidak manis. Memang laku keras. Jom cuba buat

Kredit: Mama G Food Industries

Bahan (untuk 2 biji kek):
1200g Tepung Gandum (diayak)
4 Sudu Kecil Soda Bikarbonat (diayak)
1000g Mixed Fruits
1250g Butter
600g Gula Castor (untuk dipukul dgn butter)
16 Biji Telur (Size B)
2 Sudu Kecil Esen Vanilla
4 Cawan Gula (untuk dikaramelkan)

Cara:
1. Ayakkan Tepung Gandum dan Soda Bikarbonat. Gaul rata denga Mixed Fruits dan asingkan ketepi.
2. Pukul Butter dengan Gula dengan kelajuan kecil-sederhana. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis. Masukkan esen vanila supaya naik bau.
3. Masukkan adunan butter ke dalam bekas besar. Gaul rata dengan adunan tepung pada awal tadi.
4. Cairkan gula hingga menjadi karamel.
5. Masukkan karamel ke dalam adunan dan kacau rata.
6. Masukkan adunan ke dalam bekas dan balut rapat menggunakan aluminium foil.
7. Kukus 4 - 5 jam. Bukak aluminium foil dan keluarkan kek dari bekas. Siapp!

NOTA:
1. Untukkan dapat kek yang moist, semasa pukul adunan butter dengan telur tak perlu sampai kembang sangat. Yang penting adunan rata sahaja.
2. Semasa proses buat karamel, jangan nak mencuba letak jari dalam gula untuk cuba rasa. Adunan adalah sangat sangat panas. Boleh terbakar jari!
3. Kek ni sedap kalau guna pure butter, hehe.

SELAMAT MENCUBA!,,,,Sabrena Amer

No comments:

Post a Comment