Saturday, 21 January 2017

Menjaga kecantikan luar dan dalam,,,

Nak kekal cantek mcm ANAK DARA??
👇👇👇♥️♥️♥️😁

☺️5 CARA MUDAH KALAU UOLS NAK KEKAL CANTIK MACAM ANAK DARA☺️

TIDUR YANG CUKUP
👠Purata waktu tidur yang dicadangkan untuk orang dewasa ialah 6-7 jam sehari. Tapi ramai wanita hanya dapat masa tidur 5-6 jam sahaja. Ini adalah cara mudah untuk kekal cantik dan awet muda.

REHAT SECUKUPNYA WALAUPUN SIBUK
👠Walaupun sibuk sepanjang waktu, curi waktu rehat selama 15minit untuk kembalikan tenaga yang hilang. Uols akan rasa lebih aktif dan bertenaga.

SENAMAN
👠Sibuk manapun Uols, lakukan senaman seperti berjalan, berjoging, berbasikal sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Senaman akan meningkatkan tahap tenaga Uols.

MINUM AIR SECUKUPNYA
👠Pastikan Uols minum air secukupnya setiap hari. Air penting untuk fungsi sel, menyingkirkan toksid dari badan, melancarkan peredaran darah, mengawal suhu badan dan buat Uols bertenaga sepanjang hari.

RAJIN-RAJIN KETAWA JANGAN MONYOK SAHAJA
👠Ketawa melegakan tekanan, meringankan otot, meningkatkan 'rasa gembira' endorphins, dan mengurangkan hormon tekanan. Ketawa membantu kesihatan fizikal, emosional dan mental. Ketawa juga buatkan Uols nampk lebih muda.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

No comments:

Post a Comment