Saturday, 4 February 2017

Syed Albukhary

Malaysia mendapati pentadbiran penjajah British di Singapura dalam urusan surat-menyurat dan petanya sekitar 1958-60an tidak meletakkan kawasan pertikaian Pedra Branca atau dikenali Batu Puteh dalam wilayahnya.
Penemuan fakta baharu itu terkandung dalam tiga dokumen yang dikemukakan oleh Malaysia sebagai menyokong permohonan semakan semula penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberi hak kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura.
Dokumen itu menunjukkan pegawai tertinggi pejabat penjajah British dan pentadbiran Singapura menggunakan tetapan Batu Puteh bukan sebahagian wilayah kedaulatan Singapura dalam urusan surat menyurat dalam tempoh 1958-1960an.
Permohonan semakan semula yang difailkan di ICJ, The Hague, Belanda pada 2 Februari lalu, kini boleh didapati menerusi laman web mahkamah berkenaan.
Dalam permohonan itu, Malaysia mengemukakan penemuan tiga dokumen di Arkib Negara Britain dalam tempoh 4 Ogos 2016 hingga 30 Januari 2017 sebagai fakta baharu.

http://bit.ly/2kbWIuW

No comments:

Post a Comment